Sunday, February 28, 2010

Umpan Ikan Air Tawar

Salam 1Malaysia Dari Cubaini.com

Umpan-umpan ikan air tawar percuma hari ini diberikan khas kepada penggemar sukan ini dan yang sentiasa menyokong sukan memancing tanah air.
 
Sukan memancing memang tidak asing lagi di Malaysia. Hobi ini banyak manfaatnya kepada sesiapa sahaja yang mengikutinya. Tanyalah kepada penggemar hobi ini tentang imbuhan dan kelebihan sukan ini. Sukan ini terdiri dari pelbagai kaum dan terdapat kemuafakatan di dalamnya. Inilah jawapan secara ringkas yang diberikan oleh mereka yang sudah berpengalaman dalam bidang ini. Sukan ini menawarkan kelebihannya yang tersendiri. Jika kita berkenalan dengan seorang pemancing yang berpengalaman, pasti seseorang itu akan memperolehi tip-tip berguna secara percuma. Inilah yang membuatkan saya tidak berhenti mencari kenalan di seluruh pelosok dan benua. Sebut sahaja orang berpengalaman teringat pula persatuan pemancing-pemancing di tanah air kita. Saya memuji sikap mereka ini. Semangat dan kerjasama yang yang ditonjolkan menarik minat dan memudahkan orang lain bila berhadapan dengan situasi cemas. Contohnya bila seseorang berada di dalam pertandingan dan salah seorang peserta sedang cuba menarik ikan ke darat dengan secepat mungkin tetapi menghadapi masalah tali pancing berbelit-belit dengan peserta lain. Dalam keadaan yang kelam kabut ini tampil seorang peserta memberi bantuan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan masalah tadi berjaya di selesaikan dengan mudah. Inilah cara dan sikap yang saya puji kepada pemancing berpengalaman. Moga-moga diri kita akan terus mendapat manfaat dari sikap orang lain dan memberikannya kepada orang lain.....


Kenal Ikan, Kenal Umpan
Kemana atau dimana sahaja seseorang itu pergi memancing pasti telah melihat bermacam-macam jenis ikan ataupun umpan ikan. Peristiwa tidak berjaya menawan ikan pilihan sudah menjadi lumrah kepada seseorang pemancing. Adakala berjaya dan adakalanya tidak. Sikap semangat juang di dalam dada terus berkobar-kobar mengatakan pada hati bahawa pasti akan dapat satu masa nanti. Inilah semangat yang kental, tak luntur yang terpahat di dalam diri seorang pemancing. Kenal sikap ikan, Kenal umpan kesukaan ikan memang sentiasa menjadi tinjauan setiap pemancing. Umpan ikan ada beratus-ratus macam jenis malah ada yang berpendapat tak dapat di kira. Bila direnungkan ada kebenarannya. Lebih menariknya, sampai kelibat ikan di permukaan air pun mereka tahu ikan apa. Ini adalah kenyataan yang ada pada seseorang pemancing. Apapun yang berlaku umpan harus terus di rekacipta, TANPA IKAN SIAPALAH KITA.....


Resepi Umpan Percuma

UMPAN IKAN PACU
  • Marjerin
  • Kelapa Parut
  • Madu
  • Tepung Gandum
  • Air Panas
*** Cara-Cara Bancuhan *** 
  • Cairkan 1 cawan marjerin bersama-sama 2 cawan air panas
  • Masukkan madu 1/2 cawan
  • Masukkan sebiji kelapa parut dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sesuai untuk lontaran anda

Resepi Umpan Percuma

UMPAN IKAN PATIN
  • Biskut lemak 300g
  • Biskut merry 100g
  • 2 cawan air panas
  • Lemak sayur
  • Perisa vanilla 1 botol kecil
  • Perisa tebu
  • perisa pandan
  • Tepung gandum
*** Cara-Cara Bancuhan ***
  • Kisar biskut lemak bersama biskut merry
  • Cairkan lemak sayur bersama-sama 2 cawan air panas
  • Kemudian ambil biskut yang telah di kisar tadi dan campurkan dengan lemak sayur yang telah dicairkan.
  • Seterusnya campurkan perisa vanilla, tebu dan pandan dalam jumlah yang sama banyak
  • Langkah terakhir campurkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga sesuai dengan lontaran anda
Lagi Umpan Ikan Percuma

Dapatkan lagi umpan percuma setiap hari. Sebagai pemancing sudah menjadi lumrah mempunyai resepi umpan yang pelbagai (Bak kata orang-orang tua lain padang lain belalang). Dapatkan resepi umpan ikan JELAWAT, PATIN MEKONG, TONGSAN ARA, TONGSAN LOMA, ROHU, LIKO, KELI dan berbagai-bagai SECARA PERCUMA..... 



No comments:

Post a Comment

Post a Comment